Tuesday 11 October 2011

Aku Mahu CINTA

Bismillahirrahmanirrahim


Berbelasan tahun menata kehidupan di bumi Tuhan,
DIA mendekat sehingga di hadapan terbentang pilihan, berubah atau kalah,
Lantas, aku memilih dan nekad untuk berubah,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Aku keseorangan, bertatih dalam tarbiyyah,
Tiada yang kukenali namun kugagahi jua,
Lantas, aku memilihnya sebagi jalanku,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Kitab cinta kubaca,
Indah sungguh susunan ayat-ayat cintanya lalu memukauku,
Lantas, aku memilihnya sebagai KITAB petunjukku,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Dia menghampiri, 
Entah kenapa isyarat kegelisahan kian merobek sang hati,
Lantas, aku menolaknya ,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Dalam keramaian ku bertemu mereka,
Yang kukenali juga tidak kukenali,
Lantas, kumaniskan wajah dan kuukir senyuman buat mereka,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Dalam dakapan ukhuwah tidak selalu yang manis-manis saja,
Suatu saat hati diuji dengan sifat sabar dan hilm,
Lantas, aku memilih berlapang dada meski serendah-rendah tahapan ukhuwwah,
Kerana...Aku mahu CINTA..

Dalam lingkaran membulat, mereka miliki kepelbagaian ragam,
Kesabaran kadang diuji, mahunya ini dan itu,
Lantas, aku memilih untuk terus bersama selagi mereka masih mahukan,
Kerana..aku mahu CINTA...

Meski kadang diri tidak begitu tulus menggapai CINTA,
Meski kadang tindakan mendustai ikrar sang hati,
Namun, hati masih tetap mendamba penuh pengharapan,
Kerana...Aku mahu CINTA...
CINTA dari Dia Yang Maha Pencinta.

2 comments:

  1. alhamdulillah .. kak,sy suka entri ney ..=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Dik, ilham itu dtgnya drp Allah..Dialah menggerakkan hati untuk menulisnya..Dialah yang mencetuskan rasa hati agar kita mahu mencari dan memburu cintaNya..Selamat bermujahadah dan semoga Allah memberikan cintaNya kepada kita..Amin.

    ReplyDelete