Bismillahirrahmanirrahim
![]() |
sunyi..sepi.. |
Rasa hati..sunyi…tiba-tiba
saja.
Rasa
hati..sunyi..sunyi..dan sunyi…
Pernahkah kita merasa sunyi? Sunyi yang kadang datang secara
tiba-tiba. Meski pada hakikatnya kita dikelilingi kawan-kawan, bersama dalam
keramaian. Mereka bergembira namun anehnya kita terasa sunyi..rasa terasing di
tengah-tengah keceriaan mereka.
Sunyi..sunyi..dan
sunyi…
Ada sesuatu yang
hilang..
Luahan kata yang pernah dikongsikan dahulu pada seseorang.
Sekadar mengimbau yang dulu-dulu.
"Kak, kenapa hati saya tiba-tiba rasa sunyi? Rasa sepi. Rasa mahu
menangis". Luahku.
"Hati itu ibaratnya seperti pakaian. Ianya akan lusuh, maka
perbaharuilah ia. Perbaharuilah iman di hati". Balasnya.
SMS itu sangat terkesan pada diri. Serta-merta air mata
mencurah mengalir keluar. Tak mampu untuk menahannya lagi. Tak tertahan lagi untuk
menanggungnya. Mengalirlah keluar semahumu duhai air mata.. jika itulah
penawarnya.
Perasaan sunyi dalam keramaian, saya yakin anda juga pernah mengalaminya. Sunyi
yang hadir yang kadang tanpa diduga. Tiba-tiba..kan? Namun, pastinya bersebab.
Iman dan maksiat
Iman terletaknya di hati. Itulah tempat ia bersemayam. Hati yang
perlu ditata dan dijaga dengan rapi. Andai ia baik, maka baiklah seluruhnya. Andai
ia buruk, maka buruklah segalanya..begitulah pesan Rasulullah s.a.w. kepada
kita. Istimewanya hati..bak sang raja pada seluruh anggota badan. Ketika mana
hati itu disuburkan dengan hal-hal kebaikan, maka akan tumbuhlah benih-benih keimanan dan
jika digandakan lagi, maka akan bercambahlah dan bertunaslah keimanan itu. Sesuatu
kebaikan akan melahirkan kebaikan yang lain. Namun, jika hati itu dihiasi
dengan hal-hal keburukan, maka tumbuhlah benih-benih kemaksiatan dan jika dibiasakan
lagi, maka akan bercambahlah dan bertunaslah kemaksiatan itu..Sesuatu keburukan
dan kemaksiatan akan melahirkan keburukan dan kemaksiatan yang lain.
Misalan:
Ketika kita membaca al-Qur’an, hati akan terasa tenang. Ditambah
pula dengan memahami dan merenung ayat-ayatnya, maka lunaklah sang hati dan
lapanglah fikiran. Ketenangan dan kelapangan itu seterusnya akan mempengaruhi
tingkah laku dan akhlak kita kepada orang-orang di sekeliling. Suatu kebaikan
melahirkan kebaikan yang lain. Akhirnya, tiada lain yang terkena tempiasnya
melainkan si raja, yakni hati.
Sebaliknya,andai kita bergosip, maka akan terbukalah
pintu-pinti umpat. Aib-aib saudara dibuka secara perlahan-lahan satu
persatu. Hingga begitu asyik menjamah
daging mentah itu. Lazatkah? Tidak sekadar itu, bahkan yang lebih parah
sehingga membuka ruang-ruang fitnah. Berkata
ini dan itu mengikut persangkaan semata-mata. Asyiknya..suatu keburukan
melahirkan keburukan yang lain. Akhirnya, tiada lain yang terkena tempiasnya
melainkan si raja itu juga, yakni hati.
Andai iman tidak disuburkan, maka hati akan lusuh. Ketika maksiat
tidak dijauhkan, maka hati akan gelap. Takutnya ia akan buta. Buta mata hati justeru
satu kebutaan yang sangat kronik dan memudharatkan empunya diri. Meski luarannya
tampak gah, kelihatan megah namun jauh di sudut hati, suatu kegelisahan yang
teramat, suatu ketidaktenangan yang mendasar, suatu kekusutan yang menyesakkan.
Lagi malang jika hati tidak mampu menimbulkan isyarat-isyarat ‘sakit’ itu. Apalagi
jika hati menyukai kemaksiatan dan mendokong kebathilan. Mati rasa dan tidak lagi sensitif akan dosa. Nau’udzubillah.
Kurang zat ruhani
Iman itu يزيد وينقص. Iman
itu bertambah dan berkurang. Fitrah iman bagi seorang manusia biasa yang asli. Tiada
yang memiliki iman yang sentiasa meningkat melainkan para Nabi dan Rasul. Tiada
juga yang memiliki iman yang statik, tidak meningkat dan tidak berkurang
melainkan para malaikat.
Fitrah iman manusia biasa yang asli itu justeru perlu
sentiasa diperbaharui dan disuburkan. Agar ianya tidak terus melemah dan layu. Ia
bertambah kerana ketaatan dan berkurang kerana dosa. Cukuplah itu sebagai peringatan
bagi hati.
Di mana zikir-zikir, tilawah al-Qur’an..bacaan buku-buku
yang menambahkan iman..zat-zat ruhani yang mungkin kian berkurangan. Hati yang
tidak dibajai dengan zat-zat ruhani, maka akan mudah melemah. Sedikit demi
sedikit..hingga terasa sunyi..sepi dan suram..ada sesuatu yang hilang
dirasakan..
Dunia yang semu
Yang dikejar tak dapat, yang diimpi tak kesampaian, yang dinanti
tidak kunjung tiba..
Dunia..oh dunia.. makin dikejar, makin sesak terasa..makin
di cari, makin tak dijumpai.. makin diperoleh, makin ditagih..makin dimiliki,
makin melalaikan..
Berharap pada dunia membuahkan angan-angan..mahu ini dan
itu..menginginkan sesuatu pada dunia, namun akhirnya yang diingini tidak
kesampaian..hati sunyi..sepi..lantas..tersentak! terpaku! terpukul pada
teguranNya! Mahu dunia rupa-rupanya..Astaghfirullah..
Dunia yang semu, dunia yang menipu, dunia yang menjerat!
Terpedaya lagi..
Memerhati, merenung dan bangkit.
Dalam kesunyian..mencari penawarnya di tengah-tengah
keceriaan itu..keceriaan mereka diserap ke dasar hati..jiwa-jiwa itu..hati-hati
itu..berbagi rasa, berkongsi semangat..Mereka sahabat-sahabat seperjuanganku..
Tolak ke tepi rasa sepi yang membungkam diri. Tolak ke tepi
rasa sunyi yang menghimpit diri. Sunyi yang menjadikan diri kaku dan lemah. Bangkit
dari tipu daya. Bangkit dari pujukan rasa. Bangkit dari buaian kesunyian yang
kaku.
Kebaikan akan disusuli dengan kebaikan yang lain..Istighfar
dan bertindaklah untuk mendapatkan sesuatu yang telah hilang..
Wallahu a’lam.
Read More..