Thursday 29 September 2011

Mahkamah Dunia vs Mahkamah Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim



Tepat pukul 4 petang. Kelas tuturial CP (Civil Procedure) bermula. Meski ada lagi yang belum tiba. Madam terus mengarahkan semua pelajar untuk mengambil soalan di hadapan. Masing-masing di beri nombor. Samada 1, 2 ataupun 3. Setelah itu, madam meminta semua duduk dalam kumpulan mengikut nombor. Nombor 1 diminta menjadi plaintiff, 2 sebagai defendant dan 3 sebagai judge. 

Tiba-tiba rasa hati berubah. Takut..Takut dan tidak yakin untuk speak up..Tambah pula on the spot..itu yang terlintas. Saya berada dalam kumpulan defendant. Soalan dibaca, namun mungkin kerana rasa takut dan gementar, susah untuk fokus. Baris demi baris dibaca namun agak lambat untuk digest. Sekali lagi, kerana gementar..Sedangkan hanya 10 minit di beri masa. Belum lagi untuk dibincang. Memahaminya, bawah 50 % agaknya..Masalah..masalah..

Kemudian, madam menerangkan tentang tugas setiap kumpulan. 5 mahkamah bersidang, masing-masing dihadiri oleh seorang plaintiff, seorang defendant dan seorang hakim. Persidangan dimulai dengan submission daripada pihak plaintiff. 

Dalam mahkamah saya, plaintiff memulai submission dengan yakin dan agak lancar.. "Aduh, nak kata apa ni?" Bisik hati saya. Persoalan itu timbul kerana saya belum memahami facts of the case. Nak submit apa, itu satu perkara. Nak susun ayat, itu juga satu perkara. Submission must be made as you are in the court. Full of ethics, begitu pesan madam. Dalam gementar dan ketidaktahuan itu, tak sangka saya cool juga.."Cakap je" Pinta sang hati.. 

Tiba giliran saya..Sempat tersenyum dan mengatakan agak nervous pada mahkamah. Ada ke patut dalam mahkamah cakap begitu? Mungkin mood tak serius ketika itu..First time tutorial sebegitu rupa..Submission disampaikan di hadapan hakim dan plaintiff. Berterabur ayat..Grammar, tunggang-langgang pastinya..Submission tidak tersusun. Yang sepatutnya disampaikan, tak tersampai..Beberapa ketika kemudian, alhamdulillah, selesai submission saya.. "Selesai giliran untuk bercakap, itu yang penting"..Begitu kata hati.

Sejurus selesai persidangan, terdetik dalam hati. Begitu rupanya aku..Nampak segala kelemahan. Begini rupanya perasaan apabila kita mewakili client. Andai kita tidak bersedia dan buat semberono, keadilan tidak akan tertegak. Akan ada pihak yang tertindas. Beratnya memegang amanah. Bukan saja pihak defendant ataupun plaintiff bahkan juga hakim. Masing-masing memegang amanah yang berat untuk dipikul. Ketelitian, keyakinan, pengetahuan..semua itu mempengaruhi.

Alhamdulillah, walaupun kelas tutorial ini penuh surprise, namun madam sangat memotivasikan pelajar-pelajarnya.. Tegas memberi arahan namun tidak melemahkan semangat pelajar-pelajarnya..She really wants to help her students. Madam kata, "biarlah kita buat kesilapan di sini. Akan ada orang yang perbetulkan. Di luar sana, tiada siapa yang akan peduli dan semua orang akan melihat diri kita.." Penuh inspirasi..

Sebelum habis kelas tersebut, sempat berfikir. Itu baru mahkamah dunia. Bagaimana pula dengan mahkamah akhirat? Dalam mahkmah dunia, mungkin ada hal-hal yang terlepas pandang daripada mana-mana pihak. Namun, di akhirat kelak, semuanya terperinci. Tiada yang terlepas daripada al-Hakam..Yang Maha Mengadili..

Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya: 

“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?” 


Semua itu akan ditanya..kebaikan atau keburukan, meski hanya sebesar zarah..Ke mana mahu lari? Mahu memutar belitkan fakta? Takkan sekali-kali kita mampu kerana Allah mengetahui segala yang tersembunyi. Apatah lagi yang tampak, bukan?


Jika dalam mahkamah dunia sudah ada macam-macam rasa, bagaimana pula di akhirat kelak? Pasti tak terkalahkan rasa gementar tadi. Tak terkalahkan rasa takut tadi..Tak terkalahkan rasa mengharap tadi..Kerana itulah final destination kita..

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Segalanya tersingkap, tiada yang terhijab. Pengadilan Allah adalah lebih hebat dan lebih tepat. Tiada yang akan berlepas dari Allah..maka akan terpeliharalah mereka yang bertaqwa, dan maka akan diazab pula pada mereka yang ingkar...Astagfirullah....

    ReplyDelete
  2. Jzkk Hidayah..teringatkan lagu In team (Damba Kasih)


    Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
    Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
    Ya Allah Kau Maha Pengampun

    Di bayangan mentari aku kealpaan
    Dusta dunia penuh kepura-puraan
    Di kala dini hari aku kepasrahan
    Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

    Andainya dihitung amalanku
    Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
    Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
    Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

    ReplyDelete