Thursday 22 September 2011

Refresh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.


Memasuki semester baru bersama semangat baru, azam baru, rasa hati yang baru namun...tetap didampingi sesuatu yang lama...akhawat yang disayangi..Saat-saat dikelilingi akhawat, membangkitkan memori bersama antunna..Terus teringat satu email yang pernah saya hantar kepada antunna. Terdetik di hati untuk membaca kembali isinya..Post kali ini, sekadar refresh rasa cinta pada antunna... 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx 

Email dated: Tuesday, 5 April 2011 8:54 AM

Assalamualaikum,

Ke hadapan akhwat yang dicintai kerana Allah s.w.t.,

Tiba-tiba jari jemari ini terasa mahu menterjemahkan rasa hati..Pelik. Akhawat juga mengenali saya yang kurang membuka diri apatah lagi mahu meluahkan rasa hati pada umum.. Sekadar mahu mengambil masa antunna untuk mengetahui luahan hati ini..Tidak panjang luahannya.Harapnya..Boleh kan? Walaupun minggu exam, namun mahu juga meluahkan kerana risau jika ditunda tiada lagi rasa mahu untuk meluahkannya.

Akhawat, dengarlah bisikan hati ini, sesungguhnya saya sangat mencintai antunna. Tulus mencintai. Wallahu a'lam. Kurang daripada seminggu ini, itulah perasaan yang sentiasa membungai hati..Rasa rindu, sayang dan kasih tertumpah ke atas antunna. Bukanlah nak mengatakan perasaan ini tiada sebelum ini. Namun perasaan ini sangat berbeza. Ibarat tengah 'bercinta' bersama akhawat. Begitu juga dengan dakwah. Makin positif dan tertunggu-tunggu peluang dan kesempatan.Luar biasa perasaan ini!

Maha suci Allah..Perubahan demi perubahan berlaku ke atas diri. Teringat semasa 2 halaqah yang lepas, murobbi ada mengatakan bahawa perubahan itu berlaku seiring dengan masa. Mungkin ada akhawat yang cepat berubah, tapi kata-kata murobbi sangat mengena pada diri. Ya, dah lama berada dalam jalan ini, namun telah dirasakan kini kenikmatannya. Menyedari diri kurang berbuat dan beramal. Sedang orang lain laju kehadapan dalam beramal. Jika dulu selalu merasa rendah diri dan ada rasa 'mengalah' bila ada akhawat yang lebih menonjol. Itulah sifat diri. Namun akhirnya difahami bahawa orang yang telah menjadikan dakwah sebagai visi dan misi hidupnya akan sedaya upaya mengatasi kelemahan diri dan lemahnya semangat. Berdoa agar kita sama-sama lebih maju demi agama Allah ini.

Teringat kata-kata ustaz saya. "Jika kita ini seorang yang gementar atau nervous ketika berhadapan dengan manusia atau bercakap di hadapan manusia, serulah pada diri bahawa aku perlu berani untuk melawannya dan mengatasinya demi agama ini! Kita perlu sentiasa bersiap sedia!" (mengambil isi kata-kata ustaz itu). Lantang ustaz itu berkata menunjukkan rasa ingin menekankan hal ini. Kita selalu mengatakan bahawa kita lemah dan kurang yakin berhadapan dengan manusia. Jangan mejadikan kelemahan diri sebagai hambatan untuk beramal. Pesanan buat diri ini juga. Akhawat, pengalaman mengajar saya. Bila mana ikhlas itu ada, tujuan yang benar dan niat itu lurus, kita akan melupakan apa yang orang lain akan fikirkan tentang kita. Bersuaralah dan mulakanlah walau sedikit..Nak mulakan itu susah, namun jika tidak mulakan, sampai bila pun kita takkan berganjak dari keadaan kita yang lama. Dan bercakaplah apa yang ada dalam hati..Itulah motto hidup saya.

Akhawat, sekadar mahu berkongsi. Kenapa rasa ghiroh dalam agama dan kemahuan untuk berbuat itu kurang memang ada puncanya. Puncanya banyak yang boleh terkait. Mungkin ilmu kurang, semangat yang mengendur, rasa takut dan macam-macam lagi. Namun apa yang nak saya kongsikan adalah mungkin kerana hati itu telah tersangkut pada cinta-cinta yang lain. Mungkin dunia, nama, harta, juga manusia. Bila mana cinta terhadap yang lain itu ada, maka cinta pada dakwah itu hanya cinta yang tersisa daripada cinta-cinta yang lain. Marilah kita bersama mengoreksi dan muhasabahkan diri..Carilah punca itu. Jika tidak ditemui, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya membuka puncanya itu kepada kita. Bila kita masih lemah untuk mengatasinya, berdoalah lagi supaya Allah menbantu kita. Allah mengatur rencananya dan asbab untuk sesuatu. Masanya akan tiba, pasti tiba..

Semoga Allah meneguhkan kaki-kaki kita di atas jalan ini..Semoga Allah mengurniakan ikhlas dalam beramal kepada hati-hati kita.. Semoga Allah menerima taubat kita sebagi syarat untuk membersihkan dan menjernihkan hati-hati kita..Amin ya robbal 'alamin.. Tariklah tangan ini ketika leka dengan dunia, tariklah tangan ini ketika mengendur semangatnya dan tariklah tangan ini ketika amal tidak selari dengan kata-katanya..
Wassalam.

Herna Binti Naping.

No comments:

Post a Comment