Thursday 4 August 2011

Malulah Pada Allah

Bismillahirrahmanirrahim.


Ketika engkau tengah asyik berbicara tentang keburukan orang lain yang tiada bersamamu.. Pada saat itu, keaibanmu telah tersingkap meskipun yang terlihat pada mata kasar engkau sebenarnya membuka aib orang lain. Malulah pada Allah.


Ketika dua insan tengah asyik “bergayut” dengan telefon.. penuh mesra dan menikmati manisnya perbualan itu.. Tiada manusia yang mengetahui isi perbualan itu, hanya engkau dan dia. Namun, ternyata engkau tidak memiliki ikatan halal bersamanya.. Malulah pada Allah..


Ketika engkau duduk berseorangan..bebas melakukan apa jua, memikirkan tentang sesuatu..Hadirkanlah malu pada Allah sebagai bentengmu daripada jatuh ke lembah kemaksiatan.


Malulah pada Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui segala apa yang engkau tampakkan dan sembunyikan..Malu Pada Allah, tidak sekadar Malu Pada Manusia.

"Dan jauhilah dosa yang zahir dan yang batin. Dan sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa akan menerima balasan disebabkan oleh perbuatan mereka." (Al-An’am;120)


"...Allah berfirman: 'Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?' ”. (Al-Baqarah :33)


Malulah pada Allah dalam keramaian mahupun keseorangan. Itulah perisai orang beriman. Mari bersama menginsafi segala kelakuan kita. Yang jelas mahupun yang sembunyi.Semoga Allah Sengampuni dosa-dosa kita yang lepas yang tampak mahupun yang sembunyi. Alllahumma ameen.

No comments:

Post a Comment