Friday 6 January 2012

Aku Juga Seorang Wanita


 Bismillahirrahmanirrahim


Tertarik dengan entri seorang akhawat..Sangat memberi kesan dan membekas pada hati..Semoga bermanfaat.

Jodoh itu rahsia Allah
Ianya ketentuan Allah
ianya juga rezeki dari Allah

Awak boleh jadi orang paling hebat dalam dakwah,
tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan ikhwah

atau awak boleh jadi orang palinglah biasa sahaja,
tapi kahwin dengan ikhwah yang hebat.

kerana jodoh ini benar-benar rahsia Allah.

Ianya juga adalah ujian dari Allah.
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.

Dan kita tak tahu,
mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Walaupun kita akhawat supersaiya
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiadanya siang dan malam
DAn seolah-olah dunia ini tiada lagi yang kita fikirkan
melainkan dakwah dan Allah,

namun,
kita tetap seorang manusia
kita tetap seorang wanita

wanita yang mahu disayangi
dibelai
dicintai
dan dihargai selalu..


samada oleh rakan-rakannya
apatah lagi oleh seorang insan istimewa
bergelar suami.

Walaupun ramai melihat kita gagah
mahupun seolah-olah tidak mempunyai perasaan
atau nampak seolah-olah tak kisah,

kita tetap seorang wanita
penuh dengan perasaan
penuh dengan cinta
penuh dengan sebuah harapan.

Dan tentunya
apabila kita mengenali seorang yang bernama ikhwah
apatah lagi yang belum lagi berpunya
hebat pula di mata dunia
Gah dalam berkata-kata,
mahupun hebat dalam amal serta penulisannya.

Kita pasti akan memasang harapan
Kita pasti bermimpi akannya
dan berharap sangat-sangat
agar kita dapat menjadi seorang bidadari
di sisinya.

kerana kita masih lagi wanita
sekuat mana pun kita
fitrah kita pasti tetap bersuara
dan kita tetap mahukan

yang menjadi pendamping hidup kita
adalah yang terbaik buat kita.

Lelaki yang soleh
dan tentunya
Seorang ikhwah!

Harganya pula seolah-olah mahal pula!
Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana!

Kerana itu , kita tidak hairan mendengarkan :

‘ ana memang tak layak kahwin dengan ikhwahlah. Better ana kahwin dengan orang biasa pun takpe.’

Title ikhwah itu terkadang sangat mahal pula rasanya.

Sedangkan seorang ikhwah itu
hanya seorang manusia sahaja
hanya seorang manusia

saya katakan :

Hanya seorang manusia

‘ Saya tak kisahlah. Asalkan dia seorang ikhwah. IAllah saya yakin dia akan ok!’


Hellllooooooooooo!!!

Cik adik, cik puan!

Kita, takkan kenal betul betul seorang ikhwah itu, sehinggalah kita dah berkahwin dengan dia!

Walaupun awak sangatlah cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwah dia, mahupun kepetahan butir bicara dia, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita ( dan muka yang boleh tahan macho dan hensem), tapi yakinlah, bahawa mereka itu seorang manusia.

Seperti kita, yang juga seorang manusia.
Penuh kelemahan.

Dan mereka tak perfect. Dan tak ramai yang terkejut setelah berkahwin, apabila expectation diletakkan adalah tinggi sebelum perkahwinan.

Betul sangat. Ini bukan main-main. Terkadang mungkin, boyfren lama kita dulu, lagi pandai layan perempuan dan romantik dari ikhwah yang kita kahwini nanti.

AWak akan kagum dengan dia sekarang, Tapi yakinlah dia juga seorang manusia. Sedangkan begitu ramai juga lelaki soleh lain, yang mungkin lebih baik dari ikhwah kita.
Cuma lelaki biasa itu, masih menantikan hidayah dakwah.

Dan mungkin mereka menunggu bidadari seperti kamu untuk membawa mereka kepada jalan hidayah itu.

Kerana itulah yang berlaku.
Dan terbukti. Akhawat yang betul-betul mantap peribadinya, akhirnya berjaya mengikhwahkan suaminya.

Ini semua adalah disebabkan diri kita sendiri.

Jangan harap awak akan kuat dengan berkahwin dengan ikhwah!
Kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket untuk menguatkan diri!

Kerana masing-masing, perlu super duper hebat yang bazooka itu, dan mempunyai kemahuan dakwah yang serasi, dan itulah yang akan mensinergikan dakwah.

Dan saya katakan, hebat itu, BUKAN hanya pada kepetahan bercakap dan kecoolan menulis blog.

Tapi pada setiap juzuk kehidupan dia. Walaupun dia tak hebat di pentas berucap dan media maya.

Seluruh kehidupan dia adalah cerminan dari Al-Quran. Lambang seorang muslim yang benar-benar mengotakan keislamannya dengan amalnya.
Yang benar-benar memenuhi 10 muwasafat muslim.

Walaupun dia tak dikenali dan tidak pernah orang tahu tentang dia.

Dan aku tahu perasaan kamu
kerana aku juga seorang perempuan

Saya katakan kepada kamu , adik-adik,

Aku tahu tahu perasaan kamu.

Siapa tak nak suami seorang ikhwah?
Siapa tak nak suami solat 5 waktu
Dakwah adalah kehidupannya
Islam cara hidupnya

Terbaik pula tu
hebat plak tu
kerja pun boleh tahan
rupa.. ( hurm.. rupa tak hensem sangat takpe, asal akhlah hensen, oklah!)
apatah lagi yang tahu tanggungjawap sebagai seorang suami

siapa yang tak nak?

Tapi, fahamilah benar-benar akan hakikat ini.

Jodoh itu rahsia Allah
Ianya ketentuan Allah
ianya juga rezeki dari Allah

Awak boleh jadi orang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan ikhwah

atau awak boleh jadi orang palinglah biasa sahaja, tapi kahwin dengan ikhwah yang hebat.

kerana jodoh ini benar-benar rahsia Allah.

Ianya juga adalah ujian dari Allah.
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.

Dan kita tak tahu,
mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti.

Cuma, jangan jadikan harapanmu untuk berkahwin dengan seorang ikhwah itu, melarutkan dirimu pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kamu.

Sedangkan, walaupun dia seorang ikhwah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik buat kamu.

Kerana, Allah, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walau dengan siapapun kita berkahwin.



Kahwin dengan ikhwah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin, rupanya selepas berkahwin, amat sukar dilaksanakan.

Kerana kita hanya manusia. Kita rasa kalau kahwin dengan ikhwah senang, tapi bila dah kahwin, kita akan rasa akan ada ujiannya.

Begitu juga kalau berkahwin dengan orang biasa, ada juga ujiannya yang lain.


Awak rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki?

Betul dah ready?

Betul ini?

Ready dengan kesabaran, ready dengan tawakal, ready dengan merasakan kita kahwin sebab dakwah , ready dengan menerima segala kekurangannya ( ini yang ramai cakap sebelum kahwin ok, selepas kahwin… fuh.. amat susah..)

Jodoh ini, benar-benar kerja Allah.


Tak perlu kamu risaukan dan push sangat ( ok, mmglah kan senang je cakapkan)

Namun, kita harus berusaha dengan doa, dan tawakal sepenuhNya kepada Allah.

Janji Allah itu benar.

Tak perlu kamu bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kamu sukai itu.

Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kamu, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kamu.

Tetapi jika dia bukan jodoh kamu, kamu berusaha bagaimana pun, melalui apa carapun, kamu tetap takkan menjadi milik dia.

Pernah terfikir bagaimana Asiah si penghuni syurga boleh berkahwin dengan Firaun?
Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf?

Bukankah jodoh itu ditangan ALlah?

Kamu tak perlu sibuk mencarinya, walaupun kamu kena berusaha.

Tapi yang paling banyak yang perlu kamu berusaha,

adalah apa yang Allah telah wajibkan pada kamu

Dakwah dan menjadi hambaNya.

Dan jika kamu all out sebegitu, kamu rasa Allah akan tinggalkan kamu ke?

Ini janji Allah dalam hadis yang sering kita semaki bersama:


“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku". (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)


Bermimpi untuk mendampingi seorang bidadara di dunia ini memang best dan menyeronokkan.

But in real life,experience sometimes, show you , the other way round.

At last, kita sendiri akan faham, sebenarnya, di dunia ini, hanyalah medan ujian sahaja.

Dan benarlah kata-kata Allah:

) إِنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ يُؤۡتِكُمۡ أُجُورَكُمۡ وَلَا يَسۡـَٔلۡكُمۡ أَمۡوَٲلَكُمۡ (٣٦)

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu" ( Muhammad :36)

Tiada yang lebih menyeronokkan dan membahagiakan, kecualilah ketika kita bersama dengan penghuni syurga satu masa nanti.

Allah takkan abaikan kamu.

Yakinlah!

Dia akan berikan teman hidup yang terbaik buat kamu

Asalkan, kamu benar-benar menjaga agamaNya, dan memperjuangkannya….

Samada seorang ikhwah ataupun lelaki yang akan kamu ikhwahkan!

Moga selepas ini, antum lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, dan lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada ALlah.

Jika sudah tersuka pada seorang ikhwah, kurangkanlah sedikit2 membaca, melihat fb , ataupun membuat benda2 yang akan membuak2kan lagi perasaan cinta itu kepada dia. mmg susah. sangat susah.

Sebab itu, Allah ajar kita, cintakan Dia, cintakan dakwah, dan akhirnya, bila cinta itu datang pada masanya, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah..

PS: buat ikhwah, ana tahu ada antara antum sangat awesome, all out dalam dakwah, dan amat menjaga hati antum dari fitnah2 dunia ini. Moga antum, terus melaju dalam dakwah, dan mendapat bidadari yang sangat suci dan menyenangkan jiwa antum, di dunia, dan akhirat.. iAllah.

Ana seorang manusia yang lemah. Dan juga seorang wanita biasa.
Dan pengalaman, telah mengajarkan aku , perkara ini ..



Ukhtikum fillah
AisyahZ
Gombak
http://muharikah.wordpress.com/2011/12/22/aku-juga-seorang-wanita/#comment-4649

No comments:

Post a Comment