Bismillahirrahmanirrahim
Aku melontarkan sejauh-jauh pandangan. Tepat menuju Langit. Entah… kebebasan apakah yang menyelubungi diri tatkala menatapnya. Puas. Nikmat. Merdeka.
Dari langit, aku belajar erti ketenangan dalam memaknai sebuah kehidupan!
Manusia pastinya tidak pernah
sunyi daripada diuji. Setiap waktu dan ketika. Ada orang yang diuji dengan
kesusahan berupa wang, pekerjaan, keluarga, rumahtangga mahupun lingkungan. Bahkan,
bentuk-bentuk ujian ini juga boleh hadir dalam rupa kenikmatan. Soalnya, adakah
kita benar-benar menyedarinya ataupun tidak. Sedar bahawa kita sedang diuji.
Begitu jugalah dengan manusia demi manusia yang ditemui. Setiap mereka dan
peristiwa membawa mesej kehidupan untuk dipelajari. Sudut kebaikan untuk
diteladani dan sudut keburukan untuk disempadani.
Begitulah, datang dan perginya
manusia dan peristiwa dari diari kehidupan kita.
Usia 16 tahun
adalah kemuncak pencarianku untuk memaknai sebuah kehidupan. Pemahaman sebatas
ilmu, lingkungan dan pengalaman yang aku punyai saat itu. Hanyalah seorang
remaja biasa namun ingin celik dari lingkungan hidup yang diletihkan dengan
mengejar dunia tanpa menjadikan Tuhan sebagai nadi yang melatari hayatnya. (Terimbauku
pada kisah silam).
It’s how you communicate to
yourself!
Apa tujuan hidup
kita?
Antara model-model
manusia dan keluarga yang kita temui, yang manakah yang terbaik untuk diikuti?
Ke mana arah
destinasi hidup ini?
Apa sebenarnya makna
kehidupan yang aku lalui ini?
Aku ini siapa?
Apa kaitan aku dengan
orang disekelilingku?
Tanggungjawab apa
yang aku harus mainkan?
Hakikatnya, inilah manusia yang
fitrahnya adalah seorang pemikir dan pemerhati. Hanya tinggal menghubungkan
antara akal dan hatinya. Sebelum bertindak untuk memilih langkah arah mana yang
akan dipilihnya. Dan proses ini sangat memerlukan komunikasi dalaman yang berkesan
secara intensif. Usah terlalu naif untuk mengatakan diri tidak layak mengubah
kompas hidup kepada yang lebih baik. Seolah-olah telah menemui check mate
tanpa jalan keluar untuk mengubah langkah. Hidup ini adalah percaturan namun ia
bukanlah ibarat permainan catur kerana kita sentiasa ada pilihan untuk
melakukan U-Turn selagi belum menemui check mate hakiki iaitu
kematian. Meskipun memiliki banyak kekurangan dan ketidaksolehan peribadi,
hargailah, akuilah dan bersedialah untuk memaafkan diri sendiri. Setelah itu, warnailah kehidupanmu dengan
warna-warna indah yang penuh makna.
Peristiwa adalah persediaan
untuk menjadikan dirimu yang akan datang.
“Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah
yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur’an ini kepadamu, dan sesungguhnya
engkau sebelum ini termasuk orang yang tidak mengetahui”. (Yusuf: 3)
Inilah kisah terbaik yang Allah
ceritakan kepada kita dalam Al-Qur’an. Kisah Nabi Yusuf a.s. Siapa sangka, Nabi
Yusuf a.s. yang dahulunya pernah dipenjara akhirnya diangkat menjadi seorang
bendahari kerajaan Mesir?
Namun, kedudukannya tidaklah
diraih dengan jalan mudah. Namun sarat dengan ujian-ujian berat untuk
dipikulnya. Namun, kerana Allah merancang untuknya, semuanya berjalan sesuai
dengan rencanaNya. Silakan menyemak al-Qur’an anda untuk memahaminya. J
Tidak jarang ujian membuatkan
kita terduduk merenung nasib diri. Menangis penuh hiba atas peritnya terasa tak
tertanggung lagi. Beratnya beban tak terjunjung kepala. Lenguhnya kaki untuk
terus melangkah untuk menjalaninya. Namun, cermatilah ia dengan penuh
kejernihan mata hati dan akal. Pedih hari ini mungkin suatu mahar untuk meraih
kebahagiaan dikemudian hari. Bahkan, berdirinya kita pada hari ini adalah lahir
daripada beragam ujian yang telah kita lalui dahulu.
Musibahkah ia ataukah rahmat?
Serahkan sahaja setiap urusan
kepada Allah…seperti tutur kata Nabi Musa a.s.,
وأفوض أمري الى الله
“dan aku serahkan urusanku kepada Allah” (Ghafir:44)
“Boleh
jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui”. (Al-Baqarah: 216)
Pandang kejauhan langit…
Pulangkan ‘masalah-masalah’ kepada DIA yang
merencanakan untuk kita.
Inilah kehidupan.
Шалавы Проститутки Киева для секса и минета без резинки. Спростите почему? Ая вам пример уже привел. Сосите глубже.
ReplyDelete