Bismillahirrahmanirrahim
Kes studi 1: Putus cinta
"Buat ape ko kol aku lagi?. Tak paham bahase ke.."
"Dah lah!!Ko nak ape lagi? bla bla bla...(Nangis dan
nangis..)"
<Bukankah putus cinta itu satu rahmat? Bagi mereka yang
mahu mengambil pengajaran>
Kes studi 2: Berkenalan
"Nak ke mana Mila?"
"Nak keluar"
"Eh jadi ke? Ingatkan tak jadi"
"Kejap lagi dia datang. Nak suruh ambil kat asrama dia
mesti tak tau sebab bkn belajar sini."
Keesokan harinya..,
"hahahahaha..."
"kami tengok wayang semalam..ko tau tak, dia kelakar
sangat..balik tu dia bagi aku gambar dia. Dia kata simpanlah. Sweet kan dia?"
"a'ah la, sweet nye..."
"kesiannya..tak de calon lagi.."
Kes studi 3: Fitnah foto
"Ustaz, apa hukum tengok gambar lelaki atau perempuan
berulang-ulang kali? Sama tak hukum tengok lelaki atau perempuan secara hakiki
berulang kali?
"Apa pendapat kalian? Sama atau tidak?"
"Ya, kedua-duanya sama."
<Pandangan pertama jangan diikuti pandangan yang kedua.
Meski dia tunang kamu>
Kes studi 4: Fitnah hati
"Kakak ada cita-cita, mahu hasilkan buku berjudul:
Bercinta sebelum Nikah @ Bercinta selepas Nikah"
"Menarik! Apa yang buatkan akak mahu tulis buku seumpama
itu?"
"Ia sebahagian daripada kisah kakak. Kawan-kawan ada
juga yang mengalaminya"
"Menurut akak, mana yang terbaik?"
"Cinta selepas Nikah". :-)
"Meskipun orang-orang yang baik itu bercintanya tidak
keluar bersama, dekat-dekat duduknya, hanya lewat SMS saja, tapi ianya juga
tidak baik, Kerna melibatkan HATI. Hampir dengan Zina hati."
< Menjaga kesucian cinta, Bercintalah selepas nikah>
Kes studi 5: Aku rasa dilindungi
"Boleh tak bagi contoh yang sesuai dengan hadis ni?" (Jika kamu tidak malu, maka
lakukanlah apa saja)
"hmmm"
"macam mana nak kaitkan dengan coupling?"
"Seharusnya bagi seorang wanita menjaga maruah dirinya.
Elakkanlah ber'SMS' dengan lelaki jika tiada hal yang penting. Apatah lagi
coupling. Ini dan itu..Ada saja yang mahu disembangkan."
"Akak, macam mana pula kalau kita berkawan dengan
lelaki sebab rasa dilindungi dan akhirnya kita bebas daripada gangguan lelaki
lain?"
"Allah lah sebaik-baik pelindung daripada segala
keburukan, bukan dia. Andai sudah bersedia, nikahlah. Usah diperpanjangkan
hubungan yang belum syarie. Bimbang akan mengurangkan keberkahan dalam
pernikahan kelak (jika dialah jodohmu)
.........KOMENTAR........
Putus cinta sinonimnya dengan frust, sakit hati, geram.
Pendek cerita, apa-apa cerita tentang si dia, pasti akan menyakitkan hati. Must
it be like that?
Menurut saya, Kenapa harus sakit hati?
Tatkala dia memutuskan cinta dari dirimu, itulah satu
kebebasan yang memberi sejuta kelapangan hati. Tiada lagi si ajnabi yang perlu
kamu jaga hati dan perasaannya. Tiada lagi si ajnabi yang perlu kamu jaga
tingkah laku di hadapannya (paradoks). Tiada lagi si ajnabi yang membuatmu
runsing ketika dia merajuk atau terasa hati.Dan yang terpenting, tiada lagi
kata-kata manis yang mengundang murka Allah.
Berpisah bererti berlepas diri. Merdekalah kamu!
Terasa dipermainkan?
Cukuplah Allah menjadi tempat mengadu. Dan kembalilah
kepadaNya dengan hati yang penuh cinta tertumpu padaNya.
Duhai teman, simpanlah cintamu untuk si dia yang halal untukmu
kelak. Siapa dia? Tiada siapa yang tahu, melainkan Dia.
Perpisahan, tidak semua menyakitkan. Bahkan ada yang
berakhir dengan keindahan. Seperti perpisahan seorang mukmin dengan dunia.
Pergi menuju syurga.. Lagi, perpisahan orang yang bertaubat dengan maksiatnya.
Lalu menghapus dosa-dosanya.
Justeru, moga putus cinta itu..tidak membuatmu patah hati lalu melemah..Tapi, bangkitlah! Kerana cinta Allah menanti sang hatimu..
Si Mawar Berduri, tunggulah, bersabarlah, tahanlah cintamu
seketika. Jangan hamburkannya pada yang belum halal untukmu.
Kes studi 2: Berkenalan
Ta'aruf dalam Islam, bukan berdua-dua. Tapi dengan mahram. Jumpa
keluarga, baru gentleman.
Tak cukup lagi? Tanya orang yang mengenalinya. Tapi bagi
yang ditanya, janganlah pula bila ada keburukannya, habis dihebahkan. Jawablah
sekadarnya..(pentingnya bersahabat dengan orang yang baik-baik)
"Ala..mana puas? Nak kenal seseorang tu kenalah berhubung,
berjumpa dengan dia. Baru dapat tahu perangai dia".
Mudahnya kita mengizinkan suatu pertemuan...Pastikah itu
adalah wajah dia yang sebenarnya? Jika dah berhubung dan tiba-tiba tak berkenan
dan putuskan, bukankah itu akan menyebabkan hati terluka. Macam eksperimen
jadinya..Try and error.
"Ada apa pada gambar?
"Salah ke pandang-pandang?"
"Salah
ke simpan?"
Risaunya, jadi macam kisah 'Pendekar Bujang Lapuk'. Bila
rindu, si Eni mengambil gambar kekasihnya di bawah bantal. Kata-kata rindu
berlagu syahdu..Senyum manis terlukis indah...Hingga mengkhayalkan si dia..
AWAS, gambar adalah satu cara yang cepat menggebukan rasa
cinta, rindu, kenangan..
"Dia tunang saya, tak boleh ke?"
Tunang bukan suami. Belum halal lagi.
Kes studi 4: Fitnah hati
- Salim A.Fillah, Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim-
Kes studi 5: Aku rasa dilindungi
Tidak sedikit orang yang merasakan hal ini. Benar, lelaki
sebagai pelindung wanita.
Namun, haruskah juga dihalalkan Hubungan Tanpa Status ini?
Ada dua pilihan ketika bertemu cinta
Jatuh cinta atau bangun cinta
Padamu, aku memilih yang kedua
Agar cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga
(Salim A. Fillah: Bahagianya Merayakan Cinta)